May 6, 2011

Happy Birthday To Me

"Happy Birthday Sayangg. It is your birthday today. I just want to say that I Love You So Much! Hope your dreams come true. I need you! I Love you! I miss you!"

Jika ketika itu aku ade kekasih, jika ketika itu aku ade pencinta, jika ketika itu aku pnyai seorang yg cukop istimewa utnuk aku, aku cume perlukann beberapa potong ayat itu. Sudah memadai untuk menjadikan aku seorang wanita yang gembira yang lahir di bumi ini pada waktu itu. Tapi cukoplah untuk aku gembira atas ucapan selamat hari jadi  dari teman aku yang sentiasa berada di sisi aku. Andai ada insan yang bernama lelaki yang faham tentang akan perasaan aku, perasaan seorang wanita betapa gembiranya aku. Tapi aku bersyukur kerana allah belom menemukan aku dengan lelaki tersebot kerana aku masih lagi belom bersedia untuk menghargainya. Masih belom matang fikiran aku. Biarlah dia datang ketika aku sudah menunggu kedatangannya. Akan tetap menunggunya. Ahhhh, persetankan semua itu, cukoplah apa yang aku punyai sekarang. Dengan kegembiraan yang dianugerahkan kepada aku. Aku cuma berharap agar kegembiraan ini tidak dirampas dari aku. Anugerah yang tidak ternilai. 

Jauh di dalam hati aku, aku hanya inginkan insan yang bernama kekasih yang beada disisi aku ketika ini sebagai hadiah untuk aku. Hadiah yang cukup bernilai buat diriku.
Berlakonlah aku ketika ini cuba menunjokkan betapa gembiranya aku. Betapa bahagianya aku. Mungkin aku berjaya menjadi insan tersebot, tetapi jauh di dasar hati aku, aku telah gagal. Mungkin mereka aku boleh tipu, tetapi hati aku yang tergantung di dalam badan aku selama 17 tahun ini tidak mampu untuk aku tipu. Biarlah hati aku seorang yang tahu bagaimana perasaan aku saat itu, kerana dia lebih memahami aku. 

Aku teroskan untuk bersenyum selagi aku mampu untuk melakukan pergerakan yang senang utnuk dibuat tetapi sukar  untuk mengikhlaskannya :)

Thanks for the beautiful cake. "4" bermaksud APRIL (14.04.2011)
 Happy Birthday To Me
Berharap kehidupan aku seindah kek itu, seterang lilin itu. Amin.